Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 4, 2013

Bubur nasi ayam

x rajin nak masak nasi?....meh kita buat bubur lak...jerang nasi dengan air banyak2 n tunggu jer sampai masak. ni buat orang malas macam kak rose ler, ya la dok sorang2 mmg x de le kerajinan nak memasak bagai kan... kalau ada orang nak tolong tapau lagi best! duk rumah jer pas tu nasi pun sampai atas meja....macam zam2 ala kazam gitu....hishhhh!!!! pemalas sungguh kan..

 bubur ni masak tengahari semalam....so usahlah ditanya, udah abes deh! resepi dari Myr oleh che'iza...rasa macam yang kat mekdonal tu...tp rasa yang buat sendiri ni lebih sedap lagi...ya lah kita yang buat dia, so puji sendiri sedap la! tp mmg sedap pun, semanguk ni x cukup tau...menambah2 lagi...mekasih ya share kan resepi ni..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (x dek, kak rose gantikan dengan cili api potong denagn kicap masin)
  • telur masin

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....

11 comments:

adda syuhada said...

SEDAPNYA!!!

fuzidss said...

menyelerakan

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selalu masak bubur bila anak2 demam jer kak rose...

Busu dah sihat ke kak rose ?

Kak Rose said...

Adda, sendiri masak sendiri jugak kata sedap!

Kak Rose said...

fuzidss... sesekali nak makan yg lembut2..

Kak Rose said...

Yati, entahla... tetiba rasa nak makan bubur lak..

lepas 4 hari dah drive balik ke melaka sbb x nak tinggal banyak class...sabtu kena buat follow-up di sdmc pulak.

Rose Azadir said...

walaupun hanya bubur tp nampak sgt menyelerakan..anyway Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Norzuryati Mohamad Basir said...

hmmm...simple dan menarik..mesti cuba ni..
sedap makan panas2..

jemput ke blog saya

http://norzuryati.blogspot.com

~ perkongsian tentang diri, keidupan, anak2, tips kesihatan, tips kecantikan dan sebagainya..

Moga sama2 beroleh manfaat daripada nya...amiinnn

kiena 030201 said...

Sedappppp....

kiena 030201 said...

Mudah dan sedap

norsadira said...

Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com