Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 27, 2024

Sunday, March 24, 2024

My Kuali's view

 Alhamdulillah, 11,444,888 pageviews


 Muga tuan tanah akan bertemu kembali jalan pulang yang telah hilang untuk rajin mengupdate dapor maya ini, Insya Allah. doa kan kak rose ya...

 

Hari puasa kak rose

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua.. selamat menjalani ibadah puasa yang dah masuk hari ke 13 hari ini... cepat sungguh masa berjalan kan... kawan2 dah mula buat cookies raya ker tu?

kalau dulu hari2 kak rose rajin tepek setiap hari menu iftar kat sini... selama hampir sepuluh tahun kak rose buat macam tu, kini rasanya kerjinan tu dah hilang dan tak jumpa jalan pulang dah... memang hari2 ade jer masak tapi dah tak serajin macam dulu lah..cuma setiap kali berbuka memang menu yang sama jer... buah, sedikit kuih sayur dan lauk dan pasti lah ade nasik kan. air pulak nescafe o tanpa gula  dan untuk en asben tetap dengan nescafenya.. dan sahur pun sama jer  macam kita sarapan setiap hari tu... roti bakar, buah dan air yang sama lah...
selama dah dua belas hari berpuasa, menu berbuka memang mostly kak rose masak sendiri.. ada lah beli satay kajang, ayam panggang dan foldover dan bila makan macam ni memang dah tak leh nak amik nasik dah la.. dan param memang kak rose tak pegi.. sekali terkena memang jeran lah nak beli lagi..
so masak jer lah apa yang ada dalam stok. dan yang pastinya masak yang mudah2 dan cepat jer nak siapnya. ada jugak lauk yang kak rose buat awal2 dan frozenkan untuk memudahkan bila2 dah habis idea nak masak boleh jer keluarkan lauk tu kan.. sambal tutuk ikan bilis pun kak rose buat siap2 makan dengan nasik panas2 dengan ulam timun pun dah cukup
sambal tumis pun kak rose dah buat siap2 dan frozenkan. bila nak makan just panaskan dan add on udang, ikan ke apa apa jer pun boleh. sangat memudahkan kerja dan tak perlu berlama2 kat dapo kan..


 macam nilah kerajinan kak rose satu masa dulu.... hari2 buat maya stiker ni dan ikutlah menu yang dah disediakan. memudahkan kerja jugak sbb bila menu dah ada mudah jer kita nak masaknya, yang penting bahan bahan tu ready lah. #### stiker maya kat sini, menu boleh tengok semula kat label iftar blog ni... kini semua tinggal kenangan jer lah😭😭


 

Saturday, March 16, 2024

Salam Ramadhan 1445H

 


Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang masih sudi singgah kat dapo maya kak rose ni... Muga belum terlewat untuk nak ucapkan salam Ramadhan kan. dah lama sangat tak berupdate so kali ni kak rose nk tepek kat sini perkongsian dari kawan2 dilama maya.. semuga bermanafaat.

Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran.

Ramai di kalangan kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata² untuk pahala dan masing² kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yg dia niatkan ketika membaca Al-Qur'an.

Sabda Rasulullah SAW;

Sesungguhnya setiap amal yg dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorg akan mendapat (hasil amalnya) apa yg dia niatkan.

Antara Tujuan & Niat² ketika membaca Al-Qur'an;

1. Belajar & beramal;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan belajar dan beramal dengannya.

2. Memohon hidayah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

3. Bermunajat;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk bermunajat kepada Allah Taala.

4. Menyembuhkan penyakit;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5. Meminta dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan meminta kepada Allah utk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6. Ubat bagi hati yg keras;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini kerana ia merupakan ubat bagi hati yg keras, dgn Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dgn iman).

7. Menikmati hidangan;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan (utk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

8. Supaya tidak termasuk dalam golongan yg lalai;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan org² yg lalai, bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan org yg mengingati Allah.

9. Menambah keyakinan;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

 

10. Mentaati perintah Allah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mentaati perintah Allah Taala yg memerintahkan utk membaca Al-Qur'an dgn tartil.

11. Mendapat pahala dan kebaikan;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yg saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi org yg Dia kehendaki.

12. Mendapat syafaat;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat kelak.

13. Mengikut wasiat nabi;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

14. Supaya Allah mengangkat darjat diri & umat Islam:

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan semoga Allah mengangkat darjat saya dgn Al-Qur'an dan mengangkat darjat umat ini dgn Al-Qur'an.

15. Supaya Allah mengangkat darjat di Syurga;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan utk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dgn perhiasan yg tidak diberikan ketika di dunia.

16. Mendekatkan diri kepada Allah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mendekatkan diri kepada Allah melalui kalamNya.

17. Agar dimasukkan dalam golongan Ahlillah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan org² yg khusus.

18. Agar dimasukkan dalam golongan ahli yg mahir membaca Al-Qur'an;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan (agar termasuk dalam golongan) org² yg mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yg mulia lagi taat.

19. Agar diselamatkan daripada ahli Neraka;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

20. Agar hati rasa bersama dengan Allah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dgn Allah Taala.

21. Supaya tidak mensia²kan usia;

_Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar tidak menghinakan atau mensia²kan usia.

 

22. Agar Al-Qur'an menjadi saksi kebaikan;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

23. Memandang musyaf ialah 1 kebaikan;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk melihat kepada musyaf yg mana perbuatan itu adalah 1 ibadat.

24. Agar Allah mengurniakan sakinah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar diturunkan sakinah (ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah kepada makhluk di sisiNya.

25. Mendapat kebaikan;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

26. Supaya aroma mulut menjadi harum;

Saya niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dgn lantunan Quran).

27. Agar tidak sesat di dunia;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

28. Agar terhindar dari kesedihan, kerisauan & kegusaran;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dgn sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

29. Agar Al-Qur'an menjadi kawan di alam kubur;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dia menjadi kawan saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya utk ke syurga.

30. Agar Allah mentarbiah;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dgn akhlak yg dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW.

31. Agar dapat menyibukkan diri dengan yang Hak;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyibukkan diri saya dgn Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yg menyibukkan saya.

32. Mujahadah melawan nafsu.

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33. Agar Allah memisahkan diri dengan Al-Kafirin;

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dgn para kafirin di akhirat kelak.

 

Tuesday, February 20, 2024

Stellar Diamond Pearl

 Bukan main lagi kan nama kaler dia... kalau tengok macam silver jer pun.

Dah dekat sebulan dah new big boys toy ni ada kat rumah, tapi baru ada kerajinan nak tepek kat sini. Jangan tertipu, kat show room dia parking kat tempat all new crv... tapi crv tu beyond our means la kan.. so amik jer yang adiknya... kurang sikit lah rmnya kan... so Stellar Diamond Pearl WR-V RS ini lah additional to our  Alabaster Silver Civic L series yang dah bertahun guna tu..


nak jugak tayang montot dia... walaupun size dia kecik sket dari civic tu tapi tak pe lah cuma untuk kami berdua jer pun penumpangnya... dan kalau ada dua cucu kekcik2 tu kalau nak ikut kami. bak kata sang anak.. kan ayah downgrade kereta, so jterima je lah kan...
adik KA pun nak ikut jugak masa nak amik kereta ni di show room di Glenmarie Shah Alam, tempat yang sama kita amik civic dulu... dan deal dengan salesman yang sama jugak..
ade peluang parking sebelah menyebelah dua beradik ni.. WR-V RS dan Civic L series bersama tuannya dan cucu pun nak posing bersama..

L series ni dah banyak berjasa buat keluarga kecil kami... pernah kena denda kerana silly mistake dan semua itu pasti jadi pengajaran dan kenangan..Apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat keluarga kami. tepek kat sini buat kenangan dan bacaan dikemudian nanti

Monday, February 19, 2024

Sedetik pertemuan...

 Asalamualaikum dan selamat bertemu kembali di dapo maya kak rose ni.. dah hidup segan mati tak mahu jer gayanya kan... tapi kali nak jugak tepek kat sini sejarah kenangan pertemuan kami zaman sama2 dialam persekolahan dulu... Sekolah Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat.

dengan tema sedetik pertemuan pengubat kerinduan, kami berjumpa semula setelah lebih empat puluh tahun tak berjumpa... maklumlah bila dah masing lepas sekolah dan memulakan hidup baru memasing dan berpindah serata malaysia memang lah susah nak jumpakan... walaupun ada yang masih tinggal satu daerah, tapi masih jugak susah nak berjumpa bila ada kekangan memasing kan...

teknologi masa kini membolehkan kami berjumpa semula, walaupun masih ramai yang tak dapat meluangkan masa bersama, tetapi pertemuan yang sebegini sudah cukup untuk melepaskan kerinduan setelah begitu lama terpisah... dan kami datang dari serata malaysia... walaupun telah begitu lama terpisah, tetapi memasing masih boleh mengenal antara sesama kita. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan berjumpa walaupun ada diantara kita yang telah dipanggil pulang oleh sang pencipta dan dipertemuan ini kami semua tidak lupa untuk menitipkan doa dan bertahlil untuk mereka yang telah pergi dahulu. semuga semuanya aman dialam sana..


dan ini lah yang paling kak rose tunggu2 untuk nak berjumpa. kami berempat ini rapat dan gambar ini lah mengingatkan kami gambar yang sama masa ditingkatan tiga dulu... tapi sayang gambar dulu tu masih dalam zaman free hair semuanya 😎.. so tak dapat nak tepek kat sini. simpan buat kenangan kita berempat saja lah sudahnya... Alhamdulillah
ini lah kami2... havoc lah memasing cuba nak memngingati sesama kita... walaupun rupa dan penampilan banyak berubah tapi masih boleh mengenali dan yang paling bestnya, macam jer dah selalu sangat berjumpa, gitu
 

Lagu sekolah yang kita semua dah tak ingat... meremang bulu roma bila kita semua mennyanyikan semula dimajlis pertemuan tu... mengingatkan semula bila giliran nak kena berdiri di depan menaikan bendera semasa perhimpunan.. manis nya kenangan itu. dan ini lah senikata lagu sekolah yang sangat menggamit kenangan.. terima kasih pada semua yang berusaha untuk menjayakan pertemuan nostalgia ini dan mudah2an akan diberikan kesempatan untuk bersua lagi dimasa akan datang, Insya Allah.

Tuesday, February 6, 2024

1 4 u n 1 4 me

 Bulan 2  dah... 2 biji cukup lah untuk kami berdua.


 

bean bag untuk #myseripaya